Sunday, 6 December 2020

Lentera menuju ke Kampung Sentosa

 Tahun 2020 hampir tiba di penghujungnya. Terasa sangat diri ini kurang semangat dan tidak produktif. Sudah setahun bergelar guru, tetapi masih terasa diri ini jauh sangat punya jiwa seorang guru. Masih tidak banyak belajar dan berusaha ke arah pembangunan diri. Masih berada si zon selesa dengan kurang bekerja. Seronok jujur seoronok dalam masa yang sama terlalu bimbang untuk hari yang mendatang.

Yang sebenar fokus penceritaan hari ini ialah berkenaan soal hati dan perasaan. Di lamar oleh seorang lelaki yang bagiku di pandang tinggi dunia dan seisinya. Agak over bunyi ayat. Dan di situ aku meletakkan dirinya. Bakal suamiku kelak milik masyarakat! Dan aku juga sentiasa berdoa supaya aku dan dia bakal melahirkan generasi yang juga kembalinya kepada masyarakat.

Jujur rasa tidak layak berdamping dengan orang seperti ini. Yang lembut katanya. Yang sopan bahasanya. Yang baik hatinya. Yang bertanggungjawab orangnya. Yang terdidik dan pintar orangnya. Baik-baik keluarganya. Jujur rasa tidak layak. Hampir hari-hari memikirkan perkara ini. Layakkah aku? Terasa terlalu rendah diri. Istikharah dan istisyarah sentiasa menemui jawapan yang bahawa Allah sedang mengatur sesuatu untukku. Allah sedang mendidikku dan Allah sangat sayang aku. Aku terima kelemahan aku dengan kekuatan yang ada pada diri dia bakal suamiku.

Allah baik dan sayang aku! Masih aku tidak bersyukur?

Allahhu. Hadirnya dia bagai lentera menuju ke Kampung Sentosa. Masihkah aku tidak rasa bersyukur. Sekarang dan selamanya InsyAllah. Dialah lelaki yang paling cantik yang aku kenali. Terlalu cantik kerana datangnya dari Tuhan yang maha cantik. Cantiknya kekal kerna ketinggian ilmu dan peribadinya. 

Apa aku masih tidak bersyukur memilikinya? Aku insan bertuah dipilih Allah! Dia ialah bukan lelaki pilihanku tetapi Allah berkehendak begitu kerana dia lelaki terbaik buatku.

Jika kamu yang membaca, besar harapanku agar kita bina keluarga ini untuk sampai ke Syurga. Moga anak-anak kita menjadi manfaat pada yang lainnya. Moga kelak akulah Bidadarimu di Syurga. Jujur hasrat ini benar jauh dari lubuk hatiku. Keluarga Syurga. Amin. dan aku terimamu kerana Allah.


Salam,

Bidadarimu


Monday, 27 July 2020

Aku cantik dan diminati

Diminati ramai orang bukan sesuatu hal yang harus dibanggakan.
Ini adalah ujian hidup yang tidak dilalui ramai orang.
Menjangkau umur yang rata-rata di sekeliling memulakan fasa baru.
Satu hal yang menyesakkan.
Ya benar, garis masa setiap orang tidak sama.
Takdir sudah menentukan di mana kita.

Wednesday, 31 July 2019

Mula menulis

Rasa macam dah lama sangat tak menulis.. kadang-kadang rasa nak sangat dah menulis tapi di sebabkan halangan-halangan yang ringan menyebabkan tak jadi nak tulis.. Alhamdulillah dah habis dah habis dah belajar di maktab 5 tahun. Rasa sat saja masa berlalu. Tinggai tunggu nak posting dan keluar ke kehidupan yang sebenar kot. Kadang-kadang teringin juga rasa nak menulis dan bagi orang baca atau tulis nak bagi sesuatu pada orang, tapi disebabkan tak dak konfiden jadi macam angan-angan tu terkubur. Kadang-kadang ada angan-angan nak siapkan satu cerita inspiratif tapi disebabkan ada penyakit M, jadi angan-angan tu hilang macam tu ja..Lagi satu sebabnya adalah tak berapa banyak pengalaman dan tak berapa banyak membaca jadi mati akai.. terlalu selesa dengan hidup..insyAllah untuk posting akan datang saya berhajat untuk bagi tips interview SPP.

Monday, 20 March 2017

Sabar itu Indah

Seronok sangat tengok kawan-kawan yang study oversea travel sana sini. Kite pun teringin jugak. Tapi sabar itu indah kan. Kita sabar je, InsyAllah aku yakin suatu hari aku pun dapat travel jugak. Tak dapat travel dengan kawan-kawan pun, dengan keluarga pon boleh, atau dengan suami pun boleh lah.hihihi. Tak dapat travel sini, mungkin kita sabar sikit, kita travel kat syurga...Allah merencanakan sesuatu. Sabar aje. Sabar itu Indah.

Dapat suami yang suka travel dan sama-sama boleh travel one of my dream too...

Friday, 13 January 2017

Menulis dengan hati

Menurut Aku (2017), menulis dengan hati perlukan satu kesediaan yang rapi bagi membolehkan apa yang ditulis itu sampai di hati sendiri dan juga dihati orang lain. Menulis membuatkan otak aku berfikir berbanding dengan aku membaca. Itu adalah aku. Tidak semua manusia macam aku. Puas aku menjadi orang yang acah-acah suka membaca. Akhirnya aku gagal. Puas pensyarah aku menjadikan aku seorang yang menjadikan membaca sebagai hobi. Dia juga gagal. Sebab sehingga sekarang aku masih menjadi orang yang suka membuang masa dengan meneliti laman-laman sosial padahal pada hakikatnya aku anti sosial. 

Ya, aku yakin menulis membuat aku puas. Tetapi menulis juga perlukan ilmu. Bagaimana untuk mendapatkan sedikit input atau ilmu kalau tidak dengan bersosial dan membaca. Maka tulisan yang ditulis hanya apa yang bermain difikiran dan persepsi sendiri bukan dengan ilmu. Jadi yang membaca hanyalah membaca isi hati penulis. Jadi pokok pangkalnya ilmu itu perlu di cari walau dengan cara apa sekalipun. Menjadi pendidik yang sentiasa mendidik hati! Selamat

Monday, 2 January 2017

TIPS TEMUDUGA IPG (draft)

Assalamualaikum adik-adik...
Tahniah kepada adik-adik yang berjaya dapat interview IPG. Lagi satu step jer adik-adik nak melangkah ke IPG. Itupun kalau adik-adik berjaya perform dengan bagus semasa interview. Alhamdulillah tercapai juga hasrat saya untuk kongsi satu entry berkaitan dengan persiapan atau tips untuk temuduga IPG. Untuk pengetahuan saya mempunyai pengalaman dua kali pergi temuduga IPG.

Disini saya akan kongsikan sedikit pengalaman dan juga tips sebelum, semasa dan selepas menghadiri temuduga IPG.

1) Sebelum

Pertama jangan lupa ucapkan Alhamdulillah kerana anda telah berjaya melepasi ke peringkat seterusnya. Lagi satu step sahaja untuk melayakkan anda untuk ke Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda (PPISMP). Sebelum pergi temuduga, segala persediaan harus dilakukan. Pastikan adik-adik study subjek yang adik-adik dapat. Bukan itu sahaja segala yang berkaitan dengan bidang pendidikan adik-adik perlu khatam. Jangan lupa tahu jugak tentang isu semasa. Ini hanya sebagai langkah persediaan. Yang penting adik-adik kena tahu serba sedikit tentang subjek yang adik-adik dapat.

Ini tips betul-betul daripada saya. Adik-adik cuba la berlatih bercakap di hadapan cermin. Berlatih secara formal ala-ala pergi temuduga. Cuba bayangkan soalan-soalan yang bakal diutarakan oleh ahli panel.

Malam sebelum pergi temuduga pastikan adik-adik dapat tidur secukupnya suapaya tidaklah terlalu letih semasa hari temuduga. Iron siap-siap baju dan jangan lupa gilap kasut adik-adik sampai boleh cermn muka.

2)

Tibalah hari yang ditunggu-tunggu. Jangan lupa baca doa semasa keluar rumah semoga Allah permudahkan segala urusan adik. Pastikan adik-adik kenakan sedikit pelembap bibir atau gincu yang tdak terlalu terang dalam erti kata lain makeup la sikit. Jangan nampak kusam sangat muka tu. Pilih lah baju yang sesuai. Kalau perempuan eloklah hanya memakai baju kurung dan tudung bawal yang bewarna plain. Sebenarnya kalau ikutkatkan warna juga mempengaruhi temuduga. Pilihlah warna yang sedap mata memandang dan corak yang tidak garang. Kalau boleh warna nya tidak lebih dari tiga. Kalau boleh pakai seringkas yang mungkin dan dress ala-ala cikgu.

Sebelum masuk bilik temuduga. Orang dekat situ akan suruh adik-adik check fail. Kalau boleh susun

Sunday, 12 June 2016

Mati sesudah itu Hidup!

Assalamua'laikum...
Semester baru menjengah. Keputusan peperiksaan semester Alhamdulillah. Walaupun tidak mencapai yang diharapkan namun aku redha. Itulah usaha aku.Itulah rezeki yang dikurniakan Tuhan yang semestinya terbaik buatku.Allah maha Pemurah. RahmatNya luas.

Yang namanya manusia jika tidak memahami dan tidak waras fikirannya bermulah perasaan-perasaan yang tidak enak. Bait kata daripada perenggan novel tulisan Dr Mazlee Malik membuat aku gaman seketika. Apa sebenarnya tujuan hidup ini. Aku masih terawang-awang mencari makna hidup.

Apa yang dinamakan hidup ini adalah sementara? Baru aku faham mengapa dalam Al-Quran mati disebut dahulu sesudah barulah hidup. Kerana benar hidup ini hanya sementara. Lalu apa sebenarnya tujuan hidup ini? Berbalik kepada ayat yang di ambil dalam karya Dr Mazlee Malik.

"Kita terlalu risaukan tentang diri sendiri. Risau tentang duit. Risau tentang jodoh. Risau tentang periksa. Risau tentang dunia. Walhal Allah telah menunjukkan betapa keindahan langit, perjalanan bulan, bintang dan juga bilangannya yang berbillion-bilion itu amat mudah untuk Allah uruskan dan cipta. Begitu juga dengan perihal diri kita. Apakah kita risau tentang sesustu Allah telah tetapkan untuk diri kita? Kita hanya pelakon sahaja...."

Tersentap seketika. Lantas bertanya. Lalu aku hidup sebagai apa? Biasakan ahli-ahli usrah dengar hidup kita ini bertujuan sebagai abid dan khalifah. Sejauh mana kita faham apa itu abid. Mengapa kita tidak mampu menjadi abid.

Dan aku mendapat jawapan. Kita hidup di dunia ini adalah sebagai abid. Sebagai hamba Tuhan. Bukan hamba dunia. hamba peperiksaan. Dek kerana untuk menjaga keputusan peperiksaan perlakuan kita menjadi baik. Dek kerana ingin mendapat kekayaan kita menjadi baik dengan Tuhan. Hari berdhuha dan berwaqiah. Huh. Hati-hati sahabat. Aku takut aku buat bukan kerana Tuhan.

Sebab itu setiap perkara dilihat pada niat. Mahu syurga bertemu Tuhan buatlah seperti mahu jumpa Tuhan.  Jadilah abid. Serah segala-galanya pada Allah. Kita hamba Allah. Namun ingat jadilah abid yang berilmu. Syaitan lebih takut pada orang berilmu daripada abid.

Terima kasih ya Allah hantarkan aku orang-orang yang selalu ingat aku padaMu. Rahmatinya ya Allah. Aku kepingin syurga ya Allah~