Assalamua'laikum...
Semester baru menjengah. Keputusan peperiksaan semester Alhamdulillah. Walaupun tidak mencapai yang diharapkan namun aku redha. Itulah usaha aku.Itulah rezeki yang dikurniakan Tuhan yang semestinya terbaik buatku.Allah maha Pemurah. RahmatNya luas.
Yang namanya manusia jika tidak memahami dan tidak waras fikirannya bermulah perasaan-perasaan yang tidak enak. Bait kata daripada perenggan novel tulisan Dr Mazlee Malik membuat aku gaman seketika. Apa sebenarnya tujuan hidup ini. Aku masih terawang-awang mencari makna hidup.
Apa yang dinamakan hidup ini adalah sementara? Baru aku faham mengapa dalam Al-Quran mati disebut dahulu sesudah barulah hidup. Kerana benar hidup ini hanya sementara. Lalu apa sebenarnya tujuan hidup ini? Berbalik kepada ayat yang di ambil dalam karya Dr Mazlee Malik.
"Kita terlalu risaukan tentang diri sendiri. Risau tentang duit. Risau tentang jodoh. Risau tentang periksa. Risau tentang dunia. Walhal Allah telah menunjukkan betapa keindahan langit, perjalanan bulan, bintang dan juga bilangannya yang berbillion-bilion itu amat mudah untuk Allah uruskan dan cipta. Begitu juga dengan perihal diri kita. Apakah kita risau tentang sesustu Allah telah tetapkan untuk diri kita? Kita hanya pelakon sahaja...."
Tersentap seketika. Lantas bertanya. Lalu aku hidup sebagai apa? Biasakan ahli-ahli usrah dengar hidup kita ini bertujuan sebagai abid dan khalifah. Sejauh mana kita faham apa itu abid. Mengapa kita tidak mampu menjadi abid.
Dan aku mendapat jawapan. Kita hidup di dunia ini adalah sebagai abid. Sebagai hamba Tuhan. Bukan hamba dunia. hamba peperiksaan. Dek kerana untuk menjaga keputusan peperiksaan perlakuan kita menjadi baik. Dek kerana ingin mendapat kekayaan kita menjadi baik dengan Tuhan. Hari berdhuha dan berwaqiah. Huh. Hati-hati sahabat. Aku takut aku buat bukan kerana Tuhan.
Sebab itu setiap perkara dilihat pada niat. Mahu syurga bertemu Tuhan buatlah seperti mahu jumpa Tuhan. Jadilah abid. Serah segala-galanya pada Allah. Kita hamba Allah. Namun ingat jadilah abid yang berilmu. Syaitan lebih takut pada orang berilmu daripada abid.
Terima kasih ya Allah hantarkan aku orang-orang yang selalu ingat aku padaMu. Rahmatinya ya Allah. Aku kepingin syurga ya Allah~