Thursday, 25 June 2015

Kenapa Sains menjadi pilihan?

Alhamdulillah aku sudah menamatkan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan setalah setahun berhempas pulas. Dan sekarang aku perlu mengkuti program ijazah yang mungkin lebih mencabar.

Sebelum melangkah di akhir semester PPISMP, kami para pelajar diberi penerangan oleh para pensyarah untuk memilih elektif atau dikenali sebagai minor subjek dalam bahasa mudah. Boleh dibayangkan tak dalam masa satu hari kami perlu memberi keputusan Masing-masing runsing memikirkan bagaimana untuk memilih kerana ini adalah masa depan kami sebagai bakal-bakal guru.

Untuk istikharah pun tidak sempat. Itu salah aku sebab solat istikharah tidak menanti waktu untuk membuat pilihan sahaja. Bila-bila masa sahaja boleh kita laksanakan.

Rata-rata pensyarah membuat promosi bagi subjek masing-masing. Ada juga dalam kalangan kami yang meminta nasihat atau hemat daripada para pensyarah. Aku orangnya agak berpendirian tetap atau dalam bahasa kasar disebut hati kering. Aku dengar semua penerangan daripada pensyarah. Semuanya menarik, tetapi hanya satu sahaja subjek yang menjadi pilihan hati.

Dan subjek itu ialah Sains. Dulu aku pernah tanam dalam diri aku bahawa aku akan buang subjek sains jauh-jauh sebab itu aku nak sangat masuk IPG. Aku sendiri pelik kenapa sains menjadi plihan. Sains itu susah. Rata-rata menganggap begitu. Tetapi itu sahaja pilihan subjek yang buat aku tenang dan aku pilih tanpa ragu-ragu

Bila ditanya elektif apa yang diambil dan aku jawab sains. Semua orang macam terbeliak biji mata. Aku pun pelik sebenarnya. Padahal semua subjek susah aku tengok. Mahu atau tidak je. Jangan pulak lepas ni orang expect budak-budak elektif sains semuanya pandai sebab aku tak pandai. Bagi aku sama sahaja. Semuanya ada tahap kepayahan.

Dan kenapa aku pilh sains? Jujur aku cakap aku langsung tak ada perasaan riak untuk pilih subjek sains. Aku ambil elektif sains sebab aku tak pandai sains. Itu sebabnya. Aku nak kukuhkan lagi pengetahuan aku dalam sains. Subjek lain tu sebab aku dah pandai. Sains je yang lemah sikit dan aku rasa aku perlu belajar.

Bak kata Anwar Ibrahim kalau takut untuk menanggung risiko usah bicara soal perjuangan. Itu yang aku tanam. Life is to complete not to compete. Kata-kata ini memang keramat betul. Dan qoute ni buat aku rasa aku sedar aku perlu jadi siapa yang sebenarnya. Aku bukan nak bersaing dengan sahabat-sahabat untuk dapat pointer yang tinggi tapi nak sama-sama berjaya dan lengkap diri ku dan diri sahabat-sahabat.

Minda aku terbuka bila Encik Bakar cakap yang bila belajar sains ni, semua benda kita dapat kuasai. Bila belajar sains, sudah tentu kita akan kukuhkan matematik dan yang paling intresting tentang sains adalah kita dapat mengenal Tuhan. Itu yang sebenarnya-benarnya. Cikgu Maths yang tak pandai Sains boleh ker nak ajar Sains? Cikgu Sains sudah semestinya mampu ajar Matematik malah boleh ajar Agama lagi. Untungnya cikgu Sains. Bukan bermaksud untuk memperlekehkan sahabat-sahabat yang ambil elektif lain. Kadang-kadang perlu juga ikut kemampuan kerana takut terjejas masa hadapan.

Tetapi jangan pernah takut untuk tanggung risiko kerana kuncinya yakin lah Allah akan tolong. Aku cukup bangga dengan sahabat aku yang langsung tiada basic Sains tetapi memlih elekif Sains sebab dia yakin pada diri yang mampu buat dan dia boleh. Jika dia boleh kenapa aku tidak boleh. Aku sebenarnya teringat sahabat-sahabat dan guru dan juga pensyarah di matrikulasi. Rata-rata sahabat aku memilih kos berkaitan sains. Aku teringin juga nak ada pengetahuan sama macam sahabat-sahabat aku. Jika mereka berjaya lalui, aku juga mampu.

Dan setelah memlih sains aku merasakan bahawa Allah telah permudahkan jalanku. Aku diberi pensyarah-pensyarah yang tidak pernah jatuhkan anak didiknya. Dan ternyata Sains yang dikatakan menyamai Major sangat mudah. Aku yakin sahabat-sahabat aku boleh lalui semua ini. Allah bukan sahaja permudahkan aku malah permudahkan sahabat-sahabat aku. Terima kasih sahabat kerana masih bersama aku.

Ramai juga yang kata jika memilih elektif perlu juga memikirkan jaminan posting. Bagi aku jaminan posting itu adalah bukan hak siapa-siapa tetapi adalah hak Allah. Kerana Dialah pemberi rezeki.

Apapun ianya bergantung pada diri. Aku cuma nak pesan kalau nak buat pilihan jangan lupa minta pertolongan dari Allah. Hanya dia mengetahui segala-galanya.

Monday, 19 January 2015

Kita 2

[2]
Kali ini 'kita' itu ku temu di tempat lautan manusia,
'Kita' tampak rendah pandangannya,
Di kerumuni gadis gadis,
Jalannya sopan bersahaja.

Kita 1

[1]
Ketika itu ada dua imam berjalan,
Berhenti tika dipanggil,
Disuruh gadis mentah,
Membetulkan tripod,
Wajah imam imam itu tidak ku lihat,
Yang kelihatan hanya tag nama,
Nama yang membuat kejutan di akhirnya.

Saturday, 17 January 2015

Rindu

Seminggu berlalu,
Rindu bertaut,
Rindu berpecah,
Pada yang pasti,
Juga tidak pasti,
Pada yang Ilahi itu abadi,
Pada yang manusia itu hanya sementara,
Namun yang namanya insan itu rindunya tidak hakiki,
Moga rindu ini rindu hakiki pada yang pemilik diri.