Wednesday, 26 November 2014

Aceh 1

Rasanya, sudah dua tahun lebih sempena lawatan aku ke Acheh Darussalam. Bumi yang penuh dengan kisah sejarahnya dan kisah tauladannya. Aceh merupakan salah sebuah negeri yang dikenali sebagai negeri serambi mekah. Penduduknya rata-rata beragama Islam. Aku berkesempatan untuk melawat bumi sejarah ini.

 Ketika itu aku berada di Tingkatan Empat Aku dan sepasukan ‘kalam jamaie’ sekolah telah terpilih untuk ke program penanda aras antara sekolahku dan dua buah sekolah di Aceh. Lawatan ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan lagi mutu pendidikan di sekolah kami. Lawatan selama seminggu banyak memberi pengalaman serta pengajaran kepada aku.

Hari Pertama

 Pada hari pertama lawatan kami, kami menaiki pesawat kecil Firefly dan pesawat ini cukup-cukup memuatkan ahli rombongan kami. Perjalanan mengambil masa selama satu jam empat puluh lima minit dari Bayan Lepas International Airport ke Bandara (lapangan terbang)Sultan Iskandarmuda, Aceh Darussalam.

 Kami disambut dengan senyuman oleh orang-orang disini. Aku sudah menjangka bahawa orang-orang Aceh baik-baik belaka. Yang perempuannya ayu bertudung , yang lelakinya tidak lekang dengan senyuman. Sesampainya kami di bandara, kami sudah ditunggu oleh tourist guide iaitu Pak Arifin serta pekerjanya Pak Fitri dan juga Pak Rizal. Kami menaiki bas untuk ke hotel.

 Dalam perjalanan ke hotel sempat kami mengelilingi kawasan persekitaran pantai yang terdapat di Aceh. Pada waktu itu aku dan sahabat berada di bahagian belakang bas. Apa yang diterangkan oleh Pak Arifin di hadapan tidak kami hiraukan kerana terlalu asyik bersembang dengan Pak Fitri yang waktu itu juga berada di bahagian belakang. Kami sempat belajar bahasa Aceh. Ujar Pak Fitri bahasa Aceh ada sedikit persamaan dengan loghat utara. Aku hanya ketawa kerana aku rasa tidak ada langsung persamaannya. Orang utara menyebut kelapa sebagai Nyioq dan air kelapa di sebut sebagai 'ayaq nyioq'. Aceh menyebut air kelapa sebagai 'er uu'. Kan tidak sama langsung!. Bunyinya juga lain. Kami dibawa ke Hotel Medan. Hotel ini amat selesa dan kedudukannya juga strategik. Bagi yang nak ke Aceh aku sarankan cari hotel ini.


Pada hari pertama ini kami hanya dibawa bersiar-siar keliling Aceh. Sempat aku melihat poster-poster di sekitar sini. Katanya ketika kami datang, sedang berlangsung perdamain dan juga pemilihan gaebenor baharu di situ. Kami sempat singgah di Masjid Baitullah yang merupakan antara masjid yang terselamat daripada bencana tsunami 2014 yang melanda Aceh.


Pada petang itu juga kam dibawa ke perkuburan tsunami yang menempatkan mangsa –mangsa tsunami yang terkorban.


Kami juga sempat melawat rumah Aceh. Kami dibawa melawat ke perkampungan Punge. Di sini kami lihat kebesaran Allah dimana kapal minyak yang berat bertan-tan di bawa ombak ketika kejadian tsunami sehingga ke kampong tersebut walhal laut agak jauh dari kampung tersebut. Ketika kami pergi, kawsan tersebut telah dipagar untuk dibuat penambahbaikan untuk sektor pelancongan. Pada malam hari kami, kami berjalan-jalan disekitar kawasan hotel. Orang-orang Aceh memang peramah. Sesiapa sahaja mereka tegur terutama pelancong-pelancong yang datang.


Kebetulan pada malam tersebut berlangsungnya Festival Nasyid Antarabangsa. Artis-artis nasyid antarabangsa telah berkampung disini. Ada yang datang dari timur tengah, ada juga artis nasyid Malaysia seperti Raihan dan kemuncaknya ialah persembahan Maher Zain. Kami telah memujuk ustaz untuk ke festival tersebut. Setelah puas dipujuk kami telah diberi 'lampu hijau' untuk ke sana. Tuhan sahaja yang tahu perasaan kami. Kami mahu menonton persembahan Maher Zain. Bukan senang untuk menonton persembahannya secara percuma. Kami ke sana dengan menaiki becak iaitu kenderaan yang seperti beca tapi menggunakan motor. Dengan hati senang kami menaiki becak. Kami mahu menonton Maher Zain ,malangnya Maher Zain tidak membuat persembahan malam itu. Yang ada hanyalah penyanyi nasyid Aceh. Sudahhlah menyanyikan lagu Aceh yang langsung kami tidak faham butir perkataannya. Tapi aku juga sempat menonton persembahan kumpulan Debu yang agak popular suatu ketika dahulu di Malaysia. Kami pulang dengan rasa kecewa. Bersambung……….

Tuesday, 25 November 2014

Masin Mulut



Dulu cikgu aku pernah bagitahu yang cita-cita pertama kita tu lah yang akan menjadi kenyataan.

Aku memberontak apabila dengar apa yang cikgu aku cakap waktu itu. Ketika itu, seingat aku, aku berada di Darjah 6. Cita-cita aku ketika itu sudah berubah untuk menjadi seorang saintis. Kononnya… tetapi yang menjadi impian dan cita-cita pertama aku adalah untuk menjadi seorang guru.

Aku suka melihat guru-guru pergi sekolah dengan pakaian yang cantik, kasut bertumit, dan handbag yang cantik. Aku suka lihat mereka berjalan, mereka bercakap dan kejujuran serta semangat dalam menyampaikan ilmu. Itu yang membuatkan aku bercita-cita untuk menjadi seorang guru.
Cita-cita aku berubah. Aku ingin menjadi seorang saintis sebabnya bunyi perkataan saintis tu sedap didengar dan nampak hebat sahaja. Dan apabila masuk ke Tingkatan Satu, aku mula mencari minat 
aku yang sebenar.

Dengan sifat aku yang agak pemalas ditambah dengan pemalu tidak memungkinkan aku untuk menjadi seorang saintis. Cita-cita aku berubah lagi ketika itu. Aku bercita-cita untuk menjadi seorang jururawat pula. Kononnya bila jadi juruwat kebarangkalian untuk bertemu jodoh dengan doktor amat tinggi. Melawak sahaja. Waktu itu aku belum matang. Ramai sahabat-sahabat aku berkata kerjaya sebagai seorang jururawat amat sesuai dengan aku yang agak lembut tutur kata dan perlahan pergerakan. Tetapi masalahnya aku seorang yang penakut. Takut dengan jarum, takut melihat luka.

Ya, aku takut melihat luka walaupun luka tersebut sekecil alam. Aku akan bersama-sama merasai kesakitannya. Ketika di Tingkatan Empat aku mula untuk mencari cita-cita yang sebenar. Apabila ditanya rakan-rakan tentang cita-cita, terus aku menjawab cita-cita aku ialah untuk menjadi doktor gigi. Kata mereka untuk menjadi doktor gigi mudah nak dibandingkan dengan doktor perubatan biasa kerana doktor gigi hanya menyentuh dibahagian gigi dan muka sahaja. Siapa cakap yang belajar dentist itu mudah? Yang minat sahaja akan kata mudah.

Apabila di Tingkatan Lima, aku cuba untuk mencari cita-cita sebanya aku masih belum bertemu dengan cita-cita yang sesuai dengan aku. Kerana aku seorang yang malas menbaca. Boleh lihat aku pegang buku hanya pada waktu peperiksaan. Kalau bukan untuk peperiksaan maka duduk diam-diamlah buku itu dalam almari buku.

Aku mula minat dengan matapelajaran fizik. Dan aku kira pekerjaan yang sesuai dengan minat aku ialah menjadi seorang jurutera. Aku benar-benar minat  dengan metapelajaran ini sehingga apabila aku dapat tahu Cikgu Ayu akan pindah aku menangis teresak-esak hadapan Cikgu Ayu. Walhal aku tidak rapat dengan Cikgu Ayu. Cikgu Ayu dahulu ialah cikgu fizik yang paling aku sayang. Dulunya dia seorang jurutera. Namun apabila dia merasakan kerjaya tersebut bakal mencuri masanya bersama-sama keluarga, dia bertindak untuk mengambil Kursus Lepasan Ijazah (KPLI) untuk melayakkannya untuk menjadi seorang guru. Sekarang Cikgu Ayu merupakan pensyarah di Kolej Matrikulasi Teknikal di Pendang, Kedah.

Cikgu Ayu pernah berpesan, jika hati tidak kental, jangan jadi jurutera. Cikgu Ayu lembut orangnya. Dengan kelembutan Cikgu Ayu, membuatkan aku menjadikan Cikgu Ayu sebagai inspirasi untuk menjadi seorang jurutera. Tetapi dia juga pernah berpesan kalau boleh perempuan jangan jadi jurutera. Ya, memang seronok bila sudah ada pangkat sebagai jurutera tetapi apabila sudah berkahwin nanti, kerjaya tersebut sememangnya akan mencuri masa. Kerjaya jurutera tidak memungkin kita untuk melihat keindahan siang. Masakan tidak, pergi kerja sebelum matahari terbit, pulang setelah matahari terbenam.

Tetapi aku tetap mahu menjadi seorang jurutera. Aku sempat meminta nasihat daripada kakak-kakak senior. Ada yang kata aku beruntung kerana ada cita-cita untuk menjadi jurutera kerana kerjaya tersebut untuk yang berjiwa kental. Ada juga cuba untuk menakut-nakutkan aku apabila mengatakan kerjaya jurutera langsung tidak sesuai dengan aku yang lembut dan pemalu.

Selepas SPM, aku mengambil keputusan untuk ke Matrikulasi dan ketika di Matrikulasi aku memilih Modul Dua iaitu modul yang tidak ada subjek yang paling aku anti iaitu Biologi.
Tetapi apabila ditanya pensyarah disini tentang cita-cita, aku sekali lagi gagal untuk menjawab cita-cita yang benar-benar kena dengan hati. Apa yang aku jawab bukan jurutera tetapi ‘Cikgu Matematik’. Aku juga megharapkan aku bakal lulus temuduga maktab yang memungkinkan aku untuk menjadi seorang guru Matematik.

Ketika di matrikulasi jujur aku kata, aku belajar sambil lewa, sebab aku yakin yang aku bakal ditawarkan ke Institut Pendidikan Guru. Namun, aku gagal dan dengan hati yang berat aku “Berjaya” menghabiskan setahun pengajian di matrikulasi dengan pointer yang tidak seberapa (3.35).(tidak bersyukur)

Aku cuba mencari jalan untuk menjadi seorang guru untuk mencapai cita-cita yang aku rasa lahirnya dari hati. Aku sekali lagi menghadiri temuduga maktab untuk memungkinkan aku menjadi seorang guu Pendidikan Pemulihan tanpa pengetahuan rakan-rakan pada mulanya. Menjadi guru pemulihan memungkinkan aku mengajar subjek matematik.

Dan Alhamdulillah, Tuhan itu Maha Adil dan Maha Kaya. Dengan pointer 3.35, aku yakin aku tidak akan dapat ke universiti dengan kos pendidikan. Namun, aku Berjaya ke Institut Pendidikan Guru pada panggilan kedua. Syukur Ya Allah.

Dan kesimpulannya, aku nak beritahu bahawa mulut cikgu matematik aku memang masin betul. Cita-cita pertama adalah cita-cita yang akan menjadi kenyataan. Hebat aturan Allah. InsyAllah jika diizinkan Allah aku bakal menjadi seorang guru.

Saturday, 22 November 2014

Hiasan Dunia



3 words to describe 'odd' woman:

1.Heart

2.Brain

3.Moon

Dunia ini adalah perhiasan:
"Sebaik baik perhiasan dunia ialah wanita solehah"
(HR Muslim, Nassai, Ibnu Majjah dan Ahmad)


Wednesday, 12 November 2014

Nilai

Aku selalu menilai diri manusia dari segi rupa....
Kacak, segak, gebu, putih bukan seginya....
Hitam manis, jongang bukan pula....
Tapi aku terlalu yakin bahawa aku pandai nilai manusia...
Nilai dari segi rupa....

Orang kata nilai rupa buta...
Ya ..setiap penilaian itu serah kepada Tuhan....
Kerana dia berhak segala-galanya....
Orang kata nilai lah seseorang itu dengan melihat hatinya...
Bagaimana mahu melihat hati sedangkan aku bukan doktor yang boleh membedah dan melihat hatinya....

Kadang kadang aku terfikir untuk cenderung kepada persamaan...
Aku memilih pada yang sama...
Tapi orang kata yang manusia harus kontra dengan manusia...
Agar hilang kebosanan, serta melengkapi....

Ada satu perkara buat aku terbuka....
Intinct itu penting....
Bila persaan mula minta pada apa yang dilihat....
Maka itu pilihannya....

Hati....bila hati kata ya....maka ya....itu bahaya....ikut hati mati....
Tapi tak mungkin....
Hati yang bersih perlu dikut...

Aku "perasan" bila orang suka dengan "perasaan"....
Bezanya hati yang tulus itu aku percaya....
Bila pandangan yang ikhlas....maka aku kata ya.....

Tapi siapa aku....
Berbalik lah pada yang Satu....
Kerana Dia tahu siapa kita dan apa yang selari....
Doaku moga dipermudahkan hidupku....
Aku simpan kau dalam doaku...

hazirah abdulrahim
13/NOV

Monday, 3 November 2014

Tahan

Sungguh aku tidak tahan
Tidak tahan di rumah itu
Rumah itu mendamaikan
Juga menenangkan
Rumah itu adalah
Tempat aku mengadu
Tempat aku meminta

Namun aku tak bisa menahan diriku
Tidak bisa menahan pancaindera
Menahan pandangan daripada makmum
Makmum yang juga imam

Aku harus tahan
Caranya dengan tidak menuju kerumah itu
Buat seketika
Bukan selama