Rasanya, sudah dua tahun lebih sempena lawatan aku ke Acheh Darussalam. Bumi yang penuh dengan kisah sejarahnya dan kisah tauladannya.
Aceh merupakan salah sebuah negeri yang dikenali sebagai negeri serambi mekah. Penduduknya rata-rata beragama Islam.
Aku berkesempatan untuk melawat bumi sejarah ini.
Ketika itu aku berada di Tingkatan Empat Aku dan sepasukan ‘kalam jamaie’ sekolah telah terpilih untuk ke program penanda aras antara sekolahku dan dua buah sekolah di Aceh. Lawatan ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan lagi mutu pendidikan di sekolah kami.
Lawatan selama seminggu banyak memberi pengalaman serta pengajaran kepada aku.
Hari Pertama
Pada hari pertama lawatan kami, kami menaiki pesawat kecil Firefly dan pesawat ini cukup-cukup memuatkan ahli rombongan kami. Perjalanan mengambil masa selama satu jam empat puluh lima minit dari Bayan Lepas International Airport ke Bandara (lapangan terbang)Sultan Iskandarmuda, Aceh Darussalam.
Kami disambut dengan senyuman oleh orang-orang disini. Aku sudah menjangka bahawa orang-orang Aceh baik-baik belaka. Yang perempuannya ayu bertudung , yang lelakinya tidak lekang dengan senyuman. Sesampainya kami di bandara, kami sudah ditunggu oleh tourist guide iaitu Pak Arifin serta pekerjanya Pak Fitri dan juga Pak Rizal. Kami menaiki bas untuk ke hotel.
Dalam perjalanan ke hotel sempat kami mengelilingi kawasan persekitaran pantai yang terdapat di Aceh.
Pada waktu itu aku dan sahabat berada di bahagian belakang bas. Apa yang diterangkan oleh Pak Arifin di hadapan tidak kami hiraukan kerana terlalu asyik bersembang dengan Pak Fitri yang waktu itu juga berada di bahagian belakang. Kami sempat belajar bahasa Aceh. Ujar Pak Fitri bahasa Aceh ada sedikit persamaan dengan loghat utara. Aku hanya ketawa kerana aku rasa tidak ada langsung persamaannya. Orang utara menyebut kelapa sebagai Nyioq dan air kelapa di sebut sebagai 'ayaq nyioq'. Aceh menyebut air kelapa sebagai 'er uu'. Kan tidak sama langsung!. Bunyinya juga lain.
Kami dibawa ke Hotel Medan. Hotel ini amat selesa dan kedudukannya juga strategik. Bagi yang nak ke Aceh aku sarankan cari hotel ini.
Pada hari pertama ini kami hanya dibawa bersiar-siar keliling Aceh. Sempat aku melihat poster-poster di sekitar sini. Katanya ketika kami datang, sedang berlangsung perdamain dan juga pemilihan gaebenor baharu di situ. Kami sempat singgah di Masjid Baitullah yang merupakan antara masjid yang terselamat daripada bencana tsunami 2014 yang melanda Aceh.
Pada petang itu juga kam dibawa ke perkuburan tsunami yang menempatkan mangsa –mangsa tsunami yang terkorban.
Kami juga sempat melawat rumah Aceh. Kami dibawa melawat ke perkampungan Punge. Di sini kami lihat kebesaran Allah dimana kapal minyak yang berat bertan-tan di bawa ombak ketika kejadian tsunami sehingga ke kampong tersebut walhal laut agak jauh dari kampung tersebut. Ketika kami pergi, kawsan tersebut telah dipagar untuk dibuat penambahbaikan untuk sektor pelancongan.
Pada malam hari kami, kami berjalan-jalan disekitar kawasan hotel. Orang-orang Aceh memang peramah. Sesiapa sahaja mereka tegur terutama pelancong-pelancong yang datang.
Kebetulan pada malam tersebut berlangsungnya Festival Nasyid Antarabangsa. Artis-artis nasyid antarabangsa telah berkampung disini. Ada yang datang dari timur tengah, ada juga artis nasyid Malaysia seperti Raihan dan kemuncaknya ialah persembahan Maher Zain.
Kami telah memujuk ustaz untuk ke festival tersebut. Setelah puas dipujuk kami telah diberi 'lampu hijau' untuk ke sana. Tuhan sahaja yang tahu perasaan kami. Kami mahu menonton persembahan Maher Zain. Bukan senang untuk menonton persembahannya secara percuma. Kami ke sana dengan menaiki becak iaitu kenderaan yang seperti beca tapi menggunakan motor. Dengan hati senang kami menaiki becak. Kami mahu menonton Maher Zain ,malangnya Maher Zain tidak membuat persembahan malam itu. Yang ada hanyalah penyanyi nasyid Aceh. Sudahhlah menyanyikan lagu Aceh yang langsung kami tidak faham butir perkataannya. Tapi aku juga sempat menonton persembahan kumpulan Debu yang agak popular suatu ketika dahulu di Malaysia. Kami pulang dengan rasa kecewa.
Bersambung……….



.jpg)
Aduhhh .. Kesiannyaaa tak dapat layan lagu Maher zain .. Ok saya masih belum berkesempatan untuk terjah aceh
ReplyDeleteKasihan bangat donggg...gua tunggu org follow blog gue...kok ngak ada syiapa2 yg mahu follow bolog gue..kasyian dehh...tolongin gue donh...
Delete