Selalu sangat hati ini berkata-kata
seolah-olah peramah orangnya. Bila bertemu dengan manusia dan alam, seringkali
hati ini menyapa. Terkadang memuji kecantikkan. Ada juga mencela kecacatan. Kadang
kala tersinis jua. Hati. Seketul daging yang susah di jaga. Hati ini tidak
pernah kosong. Ada saja isinya. Namun, isinya ada baik da nada buruknya. Orang lain
tidak faham bahasa hati kita. Hanya kita dan Tuhan maha Pencipta mengetahuinya.
Kadang, hati ini berusaha memanggil Rohani namun yang bertandang bisikan
Syaitan durjana. Bagaimana mahu menjaga hati ini takala Tuhan pun tidak
dikenalinya. Bersambung….